Dia mahu isteri semulia Siti Khadijah
sedang diri tak pernah bentang sejadah
Dia mahu isteri setia umpama Siti Aishah
sedang iman tak pernah berasah
Dia mahu isterinya banyak bersabar
tapi dia hanya tahu berselimut dalam gebar
Dia mahu isteri yang tidak cemburu buta
tapi dia sendiri main kayu tiga, kadang-kadang kejap lima
Dia mahu isteri yang menjaga makan minum
tapi dia sendiri lebih rela ke Restoran Ali Maju setiap malam
Dia mahu isteri yang pandai bergaya
tapi dia sendiri ketiak bau cuka
Dia mahu isteri yang penuh ilmu
tapi dia sendiripun malas baca buku
Dia mahu isteri yang berdikari
tapi dia sendiri pun masih bergantung dengan famili
Dia mahu isteri secantik bidadari
diri sendiri pun wajah macam tapak kaki
Dia mahu isteri yang tersenyum manja
tapi dia sendiri 24 jam ketat muka
Dia mahu isteri yang penyayang
tapi dia sendiri sepak terajang
Dia mahu isteri hebat di kamar beradu
tapi dia sendiri lembik kaku
Dia sebenarnya tak tahu apa dia mahu
dia tak tahu apa dia perlu
#seksiovari

No comments:
Post a Comment