Thursday, March 14, 2013

Aku Mahu

Aku mahu setiap kali kita bertemu
kau dendangkan aku sebuah lagu
favourite kamu

Aku mahu setiap kali kita jalan berdua
kau genggam jemariku erat
tanpa silu segan

Aku mahu kita habiskan waktu
dengan segala yang kita mahu
walau menonton cerita hantu

Aku mahu ketika di sofa
kepalamu di riba
dan kita berbual mesra

Aku mahu bila kita rindu
kau bayangkan di mana-mana ada aku

Aku mahu kita tengok kembali wallpost gambar zaman perkenalan
dan tersipu-sipu malu
seolah tak percaya dgn ayat yang diucapkan

Aku mahu kita pergi ke tempat kenangan kita
dan ulang ia dengan cara berbeza
dengan orang yang sama

Aku mahu

No comments:

Post a Comment