Mmg susah nak puaskan hati org.
Yg Mama Papa nak mcm ni.
Yg SA nak mcm ni.
Yg adik beradik nak mcm ni.
Kita? Tersepit terus.
Suma serba tak kena.
Nak buat tu tak boleh.
Buat mcm ni tak ok.
Kena follow je rentak org lain padahal ini soal hidup kita.
Umur dah 26 tahun ni sapa la yg tak teringin nak mendirikan masjid ye dak?
Tp nampaknya rezeki tak menyebelahi lagi.
Lagipun kita ni perempuan.
Mna boleh bukak mulut.
Sedangkan pihak lelaki pun tak cakap apa apa.
Bila Mama wakilkan diri dgn hilang rasa malu dia sebab kita pihak perempuan, dia mula la menabur janji.
Yg mendengar pulak menghitung hari menagih janji.
Bukan sekali, tapi tertangguh berkali kali.
Alasan diberi cuma jadual kerja penuh nak diisi.
Tuan punya badan menangis dalam hati di luaran sengih nampak gigi.
Dulang hantaran dihias cantik, makanan buahan siap ditempah tapi di cancel kemudian hari.
Baju dan veil dijahit mengikut design sendiri, bersengkang mata menghias manik labuci, akhirnya dilipat, dibalut dalam plastik dan disimpan di dalam laci.
Takpe, duit boleh dicari lagi.
Perasaan dan hati org ni yg susah nak diganti.
Kita mudahkan segalanya dgn memahami keadaan dia.
Berharap suatu hari nanti segala pengorbanan kita berbaloi.
Saat saat kita rasa mcm kehilangan sesuatu la patutnya ada org yg selalu sokong kita. Sokongan moral maybe.
Merawat kekecewaan atas apa yg jadi.
Tapi lain jadinya.
Kita plak yg disalahkan.
Dia plak yg marah dan kecik hati.
Macam biasa, kita tak boleh nak rasa apa apa.
Tak boleh nak rasa sedih, tak boleh nak rasa kecik hati, sentap, kecewa atau apa apa je. Cuma rasa tu semua dalam hati.
Jgn sesekali bg org perasan.
Tidakkk! Bila kita rasa macamtu, tak jadi apa jugak.
Dia yg akan 'senyap' berhari hari.
Kita yg tengah dilanda macam macam perasaan gigih cekal je mencuba nasib memujuk dia.
Risau dijerkah, dibentak tapi dah lali mungkin.
Segalanya dah diketepikan.
Hanya nak pastikan hubungan kami kembali ok.
Kadang kadang Devil cakap kita dah give up dgn dia.
Racun fikiran kita dgn pelbagai tanggapan negatif.
Mujur penyelamat Angel sentiasa di sisi.
Menyedarkan kita betapa indahnya saat saat perkenalan dulu.
Baca balik msj lama lama.
Wallpost dan komen berabad.
Senyap dan perlahan, senyuman terukir dalam hati.
Kejadian berlaku cepat je lenyap di memori. :))

No comments:
Post a Comment